Friday, May 18

PENGARUH AKTIVITI KOKURIKULUM KEATAS PRESTASI PELAJAR

1.0 PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang diharap dapat menjadi keseimbangan di antara pencapaian akademik dan pembangunan kemahiran generik dalam diri pelajar. Kokurikulum mempunyai pengaruh dan peranan secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu (Othman & Jasni, 2016).  Kedua-dua kokurikulum dan kurikulum merupakan dua aspek utama yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kehendak dan kepentingan kurikulum (Haron & Idris, 2010). Kenyataan ini meyokong bahawa kokurikulum mempunyai kepentingan dalam membentuk modal insan yang bertaraf dunia. Sesetengah tempat seperti di universiti ataupun kolej sering menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai perkara wajib, sebegitu juga sewaktu di peringkat sekolah lagi. Ianya bertujuan untuk memupuk semangat kendiri di dalam setiap pelajar. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kepentingan kegiatan kokurikulum ini dapat membantu pelajar untuk bertanggungjawab, kreatif, berdirikari serta berkemahiran. Contohnya seperti pelajar tidak akan memperolehi manfaat seperti kemahiran komunikasi, generik dan nilai-nilai murni serta kerja berpasukan (Othman & Jasni, 2016).



            Seseorang pelajar jika diberi peluang untuk memilih samada untuk menyertai diri di dalam aktiviti kokurikulum ataupun tidak, kebanyakan memlih untuk tidak akan terlibat di dalam aktiviti kokurikulum. Ianya kemungkinan disebabkan oleh sifat diri pelajar itu sendiri, sama ada kendiri, infrastruktur ataupun persepsi pelajar (Othman & Jasni, 2016). Menjadi kerisauan terutama sekali para ibu bapa apabila melihat anak-anak mereka melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum. Punca utama kerisauan itu apabila aktiviti kokurikulum kemungkinan menjadi antara sebab tidak Berjaya di dalam pelajaran, sekaligus merosakkan prestasi pelajar tersebut. Keraguan ini dapat dibuktikan melalui beberapa kajian yang telah dilakukan untuk menilai kesan aktiviti kokurikulum ini dari pelbagai lapisan pendidikan bermula daripada sekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi. Antara elemen yang boleh mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti pelajar (Musa & Othman, 2014), persepsi pelajar (Haron & Idris, 2010), dan infrastruktur (Hushin & Md. Salleh, 2010).

2.0 KAJIAN LEPAS

Penglibatan pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang di dalam aktiviti kokurikulum di peringkat universiti tidak menunjukkan perubahan yang jelas. Keputusan menunjukkan tidak ada seorang pun yang mempunyai keputusan yang cemerlang sekiranya pelajar itu terlibat di dalam aktiviti kokurikulum (Hushin & Md. Salleh, 2010). Namun kajian ini tidak semestinya tepat dari masa ke masa kerana ianya berlainan berpandu kepada masa dan tempat kajian tersebut. Menurut satu kajian yang di lakukan terhadap pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Daerah Kubang Pasu, terdapat lima sikap yang dikenalpasti iaitu keyakinan diri, penglibatan yang berfaedah, kebanggaan diri, kesan terkanan dan anggapan negatif. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan pada tahap sikap antara pelajar lelaki dan perempuan dalam aspek kesan tekanan dan anggapan negatif di dalam aktiviti kokurikulum (Omar, 2010).         

Melalui kajian oleh Md. Kasim, Shahiri, & Bachok (2013), setiap pelajar perlu memiliki kemahiran sosial melalui aktiviti berpersatuan di dalam kokurikulum. Mereka menambah bahawa perkara ini dapat membantu setiap pelajar supaya dapat menyesuaikan diri ketika sebelum memasuki dunia pekerjaan. Berbalik kepada prestasi pelajar, kemahiran ini akan dapat membantu pelajar yakin kepada diri sendiri sekaligus tidak akan membuatkan keputusan mereka lebih teruk dari sebelumnya. Adnan & Roslan Raja Abd Rahman (2010), menyatakan bahawa ramai pelajar atau pihak beranggapan kegiatan kokurikulum ini banyak membuang masa kerana ianya tidak sama seperti yang dinilai di dalam akademik. Namun begitu, pelajar terlebih dahulu kekurangan penegasan atau penjelasan yang sewajarnya dalam mengimbangi antara kepentingan akademik dan aktiviti kokurikulum. Kebanyakan pelajar yang tidak ditegaskan dengan prinsip ini lebih banyak membuang masa dengan aktivit yang tidak sepatutnya, lebih teruk lagi apabila ianya menjadi punya kemerosotan keputusan pelajar itu sendiri. Selain daripada menyebabkan keputusan pelajar yang semakin membimbangkan, pelajar yang tidak menyertai aktiviti kokurikulum ini di ragui dengan permasalahan sosial yang kemungkinan berlaku. Oleh itu, aktiviti kokurikulum adalah salah suatu penyelesaian ataupun sebahagian usaha yang telah dilakukan (Husaini, 2016).

3.0 CADANGAN DAN RUMUSAN

Dari kajian-kajian lepas, dapat dirumuskan bahawa, aktiviti kokurikulum sebenarnya mempengaruhi keputusan pencapaian pelajar tidak kira lah sama ada yang memberansangkan ataupun tidak. Ianya bermula daripada pembinaan aspek sahsiah, rohani, intelek, dan emosi yang telah diterapkan di dalam aktiviti kokurikulum lalu di implementasikan di dalam pembelajaran akademik di sekolah dan telah dibuktikan melalui kajian yang lepas (Mohd Sa’ad, Jaapar, Mohd Ali, Athdzar, & Wan Abd Rashid, 2011). Melalui aktiviti kokurikulum juga, ia bertindak sebagai suatu strategi untuk menangani punca pelajar hilang tumpuan di dalam kelas. Dapatan kajian mendapati bahawa ianya lebih banyak membantu pelajar untuk fokus di dalam kelas setelah diberi keyakinan diri di dalam aktiviti kokurikulum. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak gemar langsung dengan aktiviti kokurikulum, ianya akan memudaratkan bukan sahaja keputusan malah menyebabkan lebih banyak dibuang begitu sahaja.

Walau bagaimanapun , menjadi antara isu hangat pada masa kini apabila keberkesanannya dipertikaikan. Terdapat ketidak puas hatian di dalam kalangan masyarakat apabila sekolah-sekolah di Malaysia bersetuju untuk menjadikan aktiviti kokurikulum ini perkara wajib di sekolah terutama sekali pada diri pelajar. Kebanyakan mereka mereka mengatakan terlalu penat untuk menghadiri aktiviti kokurikulum sebagai alasan akibat terlalu bosan dengan aktiviti tersebut. Kajian juga mendapati bahawa sebenarnya mereka ini tidak meminati aktiviti tersebut kerana ianya telah diasingkan mengikut kelas dan kategori kuota, bukannya mengikut kemahuan sendiri. Menjadi masalah di dalam infrastruktur juga menyebabkan pelajar kurang berminat untuk menceburkan diri di dalam aktiviti sebegini (Othman & Jasni, 2016). Pelajar sepatutnya bebas memilih aktiviti yang mereka gemari tanpa sebarang halangan untuk membolehkan mereka meransangkan keupayaan diri melalui aktiviti tersebut.


4.0 RUJUKAN

Adnan, H., & Roslan Raja Abd Rahman, R. (2010). Keberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Diri Pelajar, 119–132. Retrieved from http://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/viewFile/2472/1553
Haron, Z., & Idris, A. A. (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran Generik Dalam Aktiviti Kokurikulum. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/10848/1/Persepsi_Pelajar_Terhadap_Penerapan_Kemahiran_Generik_Dalam_Aktiviti_Kokurikulum_Di_Kalangan_Pelajar_Tahun_Dua_Fakulti_Pendidikan.pdf
Husaini, A. B. (2016). Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar. Retrieved May 18, 2018, from https://www.scribd.com/doc/14532615/Kedudukan-Kokurikulum-Di-Sekolah-Persepsi-Guru-Pelajar
Hushin, H., & Md. Salleh, J. (2010). Penglibatan Pelajar Tahun Satu Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/10566/
Md. Kasim, A., Shahiri, H. I., & Bachok, M. S. (2013). Pelaburan Awal Modal Manusia Dari Persfektif Penglibatan Aktiviti Ko-Kurikulum Kepada Tempoh Pengangguran Siswazah Malaysia, (Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”), 1099–1107. Retrieved from http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_4D2.pdf
Mohd Sa’ad, F., Jaapar, N., Mohd Ali, K., Athdzar, N. H., & Wan Abd Rashid, W. N. (2011). Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dala…. Retrieved from https://www.slideshare.net/MohdFaridIsmail/faktor-kesan-dan-strategi-menangani-permasalahan-kurang-tumpuan-dalam-bilik-darjah
Musa, W. A., & Othman, N. (2014). Kesedaran Kendiri Terhadap Aktiviti Kokurikulum dan Keberkesanannya Kepada Remaja, 9–10. Retrieved from https://worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC 213 WARDATUL AISHAH BT MUSA - KESEDARAN KENDIRI TERHADAP AKTIVITI KOKURIKULUM DAN KEBERKESANANNYA KEPADA REMAJA.pdf
Omar, S. (2010). Hubungan Sikap dan Penglibatan Pelajar dalam Kegiatan Kokurikulum dengan Prestasi PMR Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Daerah Kubang Pasu. Retrieved from http://etd.uum.edu.my/4758/2/s82306_abstract.pdf
Othman, R., & Jasni, N. F. A. (2016). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah | Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, (Vol 1 No 1 (2016): Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities), 91–100. Retrieved from http://myjms.mohe.gov.my/index.php/PMJSSH/article/view/1276